Thursday, June 30, 2011

PENGHANTARAN INOVASI DALAM PNP

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU.
Semua GC diwajibkan menghantar sekurang-kurang 1 penyertaan hasil inovasi pembelajaran dan pengajaran. Tarikh akhir penghantaran bahan tersebut ialah
selewat-lewatnya hari Isnin ( 4 Julai 2011 ).
Semua penyertaan hendaklah diemailkan ke niezam75@yahoo.com.my.
Kerjasama anda semua amatlah dihargai demi kecemerlangan pendidikan.

Sunday, June 26, 2011

MAKLUMAT TERKINI GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan/Puan,

MAKLUMAT TERKINI GURU CEMERLANG BIL 2/2011 DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta melengkapkan borang yang dilampirkan dan dikembalikan kepada Pn. Ruhanah Bt. Mohd Som, S/U MGCJB dialamat SMK Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru pada atau sebelum 4 Julai 2011.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Terima kasih.

Berikut adalah format borang untuk tindakan pihak tuan/puan :

MESYUARAT AJK MGCJB 2011 KALI PERTAMA


Mesyuarat AJK Majlis Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru Sesi 2011 kali yang pertama telah berjaya diadakan pada 24 Jun 2011 ( Jumaat ), bertempat di Anjung Wawasan SMK Taman Universiti Johor Bahru. Mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan keahlian MGCJB dan perancangan aktiviti sepanjang 2011.