Thursday, July 8, 2010

PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN

Semua guru cemerlang diwajibkan membuat satu kajian tindakan yang akan dipertandingkan diperingkat Daerah Johor Bahru pada hujung Bulan Julai ini...Peringkat Negeri Johor akan dipertandingkan pada Bulan Ogos ini . Segala maklumat lanjut akan diberitahu kemudian...

Monday, July 5, 2010

Senarai Aktiviti MGC Negeri Johor 2010

1.Bengkel Pembinaan Laman Blog MGC Daerah dan MGC Johor
- 29 - 31 Januari 2010 / Hotel Pelican, Batu Pahat.

2. Bengkel Pembinaan Laman Blog MGC daerah dan MGC Johor
- 4 - 5 Mac 2010 / PSPN Negeri Johor

3. Kursus Teknik Menjawab Peperiksaan SMA Arab Johor
- 6 - 8 Jun 2010 / Hotel Naza Tallya, Johor Bahru

4. Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor
- 1- 2 Julai 2010 / Hotel Selesa, Pasir Gudang

5. Pertandingan Kajian Tindakan Guru Cemerlang Negeri Johor
- 14 Ogos 2010 ( Peringkat Negeri Johor )
- Bulan Julai ( Peringkat Daerah Johor Bahru )

6. Program IQ Pintar
- 23 September 2010 / Prime City Hotel, Kluang.

Thursday, July 1, 2010

PERSIDANGAN MGC NEGERI JOHOR..

Gambar berdiri : Pn. Jayanthi, Pn. Hafizah, Pn. Irene, En. Sihat, Pn. Norseha, Pn. Khadijah.
Gambar duduk : En. Fuad, Pn Norizah ( Pengerusi MGC Negeri Johor), En. Nizam ( Pengerusi Daerah Johor Bahru )
1 Julai 2010 merupakan tarikh yang paling tepat untuk proses memantapkan diri kearah yang lebih baik apabila MGC Negeri Johor menganjurkan satu Persidangan yang diadakan di Hotel Selesa, Daerah Pasir Gudang pada 1 dan 2 Julai 2010.....Semoga persidangan ini menjadi satu wadah kepada semua Guru Cemerlang agar selangkah kehadapan dalam karier yang diceburi ini...
Tahniah kepada perwakilan Daerah Johor Bahru yang dapat memberikan kerjasama walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran dalam menghadiri persidangan ini...... Terima kasih kepada En Nizam dan En Suresh diatas sokongan padu kalian...

Saturday, March 6, 2010

AKTIVITI MGC JOHOR BAHRU 2009

1. Program Immersion Guru.
2. Program Teknik Menjawab PMR / SPM di Savannah Hill.
3. Program Teknik Menjawab UPSR di Tiram Village.
4. Seminar Kecemerlangan di Pusat Islam.
5. Kursus Pencerapan Klinikal di SM Dato' Usman Awang.

KURSUS PROFESIONALISMA GURU CEMERLANG

Alhamdulilah, setelah lebih tiga bulan kita berada di tahun 2010 akhirnya dapat kita membuat satu perjumpaan dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh MGC Daerah Johor Bahru pada 6 mac 2010 di SM Teknik Johor Bahru.
Dalam Slot 1, Pengetua SM SDARY, iaitu Pn. Salina Bt Hussain telah menyampaikan ilmu yang cukup banyak untuk guru cemerlang supaya tampil dengan lebih yakin, komited dan berani merubah masalah menjadi peluang serta cabaran..........Harapan Puan Salina semoga MGC Johor Bahru cemerlang dan menyerlah jauh dari yang biasa............
Slot 2 pula disampaikan oleh Puan Haizan Bt Zakaria daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Puan Haizan banyak membantu guru cemerlang merungkai pelbagai persoalan berkaitan perjawatan dan isu-isu terkini berkaitan pendidikan. Semoga semua guru cemerlang berusaha dengan gigih dan ikhlas dalam laluan fast track ini.........

Thursday, March 4, 2010

PERMOHONAN GURU CEMERLANG 2010

Pengumuman kepada semua guru...permohonan Guru Cemerlang 2010 pelbagai gred telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia surat bertarikh 5 Januari 2010. semua guru boleh memuat turun borang, iklan, syarat dan lampiran di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia . Tarikh tutup 29 Januari 2010. Terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Harap maklum...

KURSUS PROFESIONALISMA MGC JOHOR BAHRU

Salam buat semua.........Sukacita dimaklumkan bahawa MGC Daerah Johor Bahru akan mengadakan kursus seperti berikut :

Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Mini, SM Teknik, Johor Bahru, Johor.

Tentatif program :
7.30 - 8.00 pagi - Pendaftaran
8.00 - 10.00 pagi - Slot 1- Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
( Puan Sallina Bt Hussin )
10.00 - 10.30 pagi - Kudapan
10.30 - 12.30 tgh -Slot 2 - Kecemerlangan Guru Cemerlang
( Puan Haizan Bt Zakaria )

Diharapkan semua guru cemerlang Daerah Johor Bahru dapat menghadiri kursus yang akan dijalankan.....

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG FASA 2

Salam satu Malaysia buat semua...........Hari ini 4 Mac 2010 hingga 5 Mac 2010 semua setiausaha dan naib setiausaha daerah berkumpul di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor untuk mengemaskini laman blog daerah. Ucapan terima kasih kepada Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor kerana dapat mengumpulkan semua gc yang terlibat. Tahniah kepada Fasilitator kami iaitu Encik Ismail Yon yang sanggup melapangkan masa bersama-sama kami membangunkan blog daerah bagi tatapan semua Guru Cemerlang ......

Saturday, January 30, 2010

KURSUS MEMBINA BLOG MGC JB 2010



Hari ini adalah hari terakhir Noraishah dan Hafizah mengikuti kursus pembinaan blog di Hotel Landmark, Batu Pahat. Kursus ini begitu berinformasi dengan bantuan fasilitator yang hebat iaitu En. Ismail dan En. Jamal. Terima kasih kepada team MGC Negeri Johor yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini walaupun ramai rakan di luar sana sedang menghabiskan cuti bersama keluarga tapi inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk menjadi tapak perkongsian ilmu antara semua guru cemerlang daerah Johor Bahru.