Saturday, March 6, 2010

AKTIVITI MGC JOHOR BAHRU 2009

1. Program Immersion Guru.
2. Program Teknik Menjawab PMR / SPM di Savannah Hill.
3. Program Teknik Menjawab UPSR di Tiram Village.
4. Seminar Kecemerlangan di Pusat Islam.
5. Kursus Pencerapan Klinikal di SM Dato' Usman Awang.

KURSUS PROFESIONALISMA GURU CEMERLANG

Alhamdulilah, setelah lebih tiga bulan kita berada di tahun 2010 akhirnya dapat kita membuat satu perjumpaan dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh MGC Daerah Johor Bahru pada 6 mac 2010 di SM Teknik Johor Bahru.
Dalam Slot 1, Pengetua SM SDARY, iaitu Pn. Salina Bt Hussain telah menyampaikan ilmu yang cukup banyak untuk guru cemerlang supaya tampil dengan lebih yakin, komited dan berani merubah masalah menjadi peluang serta cabaran..........Harapan Puan Salina semoga MGC Johor Bahru cemerlang dan menyerlah jauh dari yang biasa............
Slot 2 pula disampaikan oleh Puan Haizan Bt Zakaria daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Puan Haizan banyak membantu guru cemerlang merungkai pelbagai persoalan berkaitan perjawatan dan isu-isu terkini berkaitan pendidikan. Semoga semua guru cemerlang berusaha dengan gigih dan ikhlas dalam laluan fast track ini.........

Thursday, March 4, 2010

PERMOHONAN GURU CEMERLANG 2010

Pengumuman kepada semua guru...permohonan Guru Cemerlang 2010 pelbagai gred telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia surat bertarikh 5 Januari 2010. semua guru boleh memuat turun borang, iklan, syarat dan lampiran di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia . Tarikh tutup 29 Januari 2010. Terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Harap maklum...

KURSUS PROFESIONALISMA MGC JOHOR BAHRU

Salam buat semua.........Sukacita dimaklumkan bahawa MGC Daerah Johor Bahru akan mengadakan kursus seperti berikut :

Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Mini, SM Teknik, Johor Bahru, Johor.

Tentatif program :
7.30 - 8.00 pagi - Pendaftaran
8.00 - 10.00 pagi - Slot 1- Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
( Puan Sallina Bt Hussin )
10.00 - 10.30 pagi - Kudapan
10.30 - 12.30 tgh -Slot 2 - Kecemerlangan Guru Cemerlang
( Puan Haizan Bt Zakaria )

Diharapkan semua guru cemerlang Daerah Johor Bahru dapat menghadiri kursus yang akan dijalankan.....

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG FASA 2

Salam satu Malaysia buat semua...........Hari ini 4 Mac 2010 hingga 5 Mac 2010 semua setiausaha dan naib setiausaha daerah berkumpul di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor untuk mengemaskini laman blog daerah. Ucapan terima kasih kepada Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor kerana dapat mengumpulkan semua gc yang terlibat. Tahniah kepada Fasilitator kami iaitu Encik Ismail Yon yang sanggup melapangkan masa bersama-sama kami membangunkan blog daerah bagi tatapan semua Guru Cemerlang ......