Friday, May 27, 2011

BORANG KEAHLIAN GURU CEMERLANG


Perhatian kepada semua guru cemerlang daerah Johor Bahru lantikan 2008, 2009 dan 2010, sila muat turun dan isi borang berikut serta e-melkan ke
ayuconvent@yahoo.com.my

BORANG KEAHLIAN GURU CEMERLANG

Sunday, May 15, 2011

TAHNIAH KEPADA BARISAN PEMIMPIN BARU MGC, JB ( 2011 - 2013)

Tahniah buat semua Ahli Jawatankuasa yang telah pun diberi kepercayaan memimpin guru-guru cemerlang bagi Daerah Johor Bahru untuk penggal baru ini.......Semoga Pengerusi baru iaitu Puan Nor Rizah daripada Sekolah STF bersama semua AJK yang telah dilantik pada 14 Mei 2011 ( Sabtu ) dapat meneruskan kecemerlang MGC daerah Johor Bahru ini.....

SELAMAT HARI GURU.......16 MEI 2011 ( ISNIN )

Ucapan ini ditujukan buat semua insan yang bergelar guru terutamanya GURU CEMERLANG yang begitu amanah memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa ......dengan tema tahun 2011 ini....GURU PENJANA TRANSFORMSI PENDIDIKAN NEGARA.....semoga penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan ini, kita dapat sama-sama menjayakan transformasi pendidikan negara ke arah kecemerlangan....

Saturday, May 14, 2011

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR

Perhatian kepada semua Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru......
diwajibkan menghantar penyertaan hasil inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan terbukti berkesan di dalam bilik darjah.

SYARAT PENYERTAAN :
1.Setiap penyertaan mestilah diterangkan dengan jelas dalam sebuah buku manual yang bertaip
pada kertas A4 menggunakan 'double spacing', font Arial 12.

2. Kandungan Buku manual :-
2.1. Kulit buku manual dituliskan nama , i.c dan nama sekolah.
2.2. Tajuk mata pelajaran
2.3. Maklumat diri / ahli kumpulan ( maksimum 3 orang ahli )
2.4. Tajuk Inovasi
2.5. Pernyataan masalah
2.6. Topik dalam P & P yang digunakan
2.7. Objektif
2.8. Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran murid
2.9. Perakuan peserta dan tandatangan pengetua / guru besar
2.10. Lampiran : Gambar, video, graf prestasi, model dsb.
2.11. Penulisan Modul RPH bagi kategori 5.1 dan 5.2.
2.12. Modul penggunaan produk untuk kategori 5.3.

3. Penyertaan dihantar dalam bentuk 'hardcopy' dan 'softcopy' (CD).

4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 20 Mei 2011( Jumaat )

5. 3 Kategori Penyertaan :-
5.1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran ( P&P )
5.2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .
( P&P dan ICT )
5.3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar,
Modul.

6. Kumpulan sasaran bagi penyertaan ini adalah daripada murid cemerlang, sederhana dan
lemah.



SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG GURU CEMERLANG YANG LEBIH KOMITED........