Friday, September 23, 2011

MESYUARAT AJK MGCJB 2011 KALI KEDUA




MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU
KALI KEDUA TAHUN 2011

23 SEPTEMBER 2011
BILIK MESYUARAT SEKOLAH TUN FATIMAH
2.30 PETANG

AGENDA MESYUARAT :
Ucapan YDP MGCJB
Pembentangan Minit Mesyuarat
Pengesahan Minit Mesyuarat
Laporan Kewangan
Persidangan MGCN Johor 2012
Aktiviti "Bench Marking"
Hal-Hal Lain



Monday, July 18, 2011

Bengkel Lesson Study 2011

Tarikh : 9 Julai 2011
Tempat : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Bengkel Lesson Study telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Guru Cemerlang Johor Bahru baru-baru ini. Seramai 90 orang guru-guru Cemerlang telah hadir dan menjayakan program tersebut. Semoga pendedahan tentang Program Lesson Study ini akan dapat memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam bagi menjayakannya di sekolah.



Tuesday, July 12, 2011

SENARAI NAMA GC DAERAH JOHOR BAHRU 2011

MOHON SEMUA GC DAERAH JOHOR BAHRU UNTUK MENYEMAK SENARAI NAMA ANDA. JIKA NAMA ANDA TIDAK TERSENARAI, SILA MUAT TURUN BORANG DI BAWAH DAN EMAILKAN KE ayuconvent@yahoo.com.my.






TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Friday, July 8, 2011

BAHAN LESSON STUDY


PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU. ANDA DIKEHENDAKI MEMUAT TURUN BAHAN BERKAITAN LESSON STUDY UNTUK DIMANFAATKAN. TERIMA KASIH..





Thursday, July 7, 2011

BENGKEL LESSON STUDY GURU-GURU CEMERLANG

BENGKEL LESSON STUDY GURU-GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU

Bengkel "Lesson Study" Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Pengerusi : Puan Nor Rizah binti Bongkek (Sekolah Tun Fatimah )
Setlausaha : Puan Hajah Ruhanah binti Mohd Som (SMK Taman Universiti)

Jadual Bengkel adalah seperti berikut:-

7.30 pagi hingga 8.00 pagi - Pendaftaran Peserta
8.00 pagi hingga 10.00 pagi - Bengkel 1
10.00 pagi hingga 10.30 pagi - Rehat
10.30 pagi hingga 12.30 tengahari - Bengkel 2
12.30 tengahari hingga 2.00 petang - Rehat
2.00 petang hingga 4.00 petang - Bengkel 3
4.00 petang hingga 4.30 petang - Hal-hal lain

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta hadir ke bengkel berkenaan.

Muat Turun Lampiran di sini

Thursday, June 30, 2011

PENGHANTARAN INOVASI DALAM PNP

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU.
Semua GC diwajibkan menghantar sekurang-kurang 1 penyertaan hasil inovasi pembelajaran dan pengajaran. Tarikh akhir penghantaran bahan tersebut ialah
selewat-lewatnya hari Isnin ( 4 Julai 2011 ).
Semua penyertaan hendaklah diemailkan ke niezam75@yahoo.com.my.
Kerjasama anda semua amatlah dihargai demi kecemerlangan pendidikan.

Sunday, June 26, 2011

MAKLUMAT TERKINI GURU CEMERLANG DAERAH JOHOR BAHRU

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan/Puan,

MAKLUMAT TERKINI GURU CEMERLANG BIL 2/2011 DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta melengkapkan borang yang dilampirkan dan dikembalikan kepada Pn. Ruhanah Bt. Mohd Som, S/U MGCJB dialamat SMK Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru pada atau sebelum 4 Julai 2011.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Terima kasih.

Berikut adalah format borang untuk tindakan pihak tuan/puan :

MESYUARAT AJK MGCJB 2011 KALI PERTAMA


Mesyuarat AJK Majlis Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru Sesi 2011 kali yang pertama telah berjaya diadakan pada 24 Jun 2011 ( Jumaat ), bertempat di Anjung Wawasan SMK Taman Universiti Johor Bahru. Mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan keahlian MGCJB dan perancangan aktiviti sepanjang 2011.

Friday, May 27, 2011

BORANG KEAHLIAN GURU CEMERLANG


Perhatian kepada semua guru cemerlang daerah Johor Bahru lantikan 2008, 2009 dan 2010, sila muat turun dan isi borang berikut serta e-melkan ke
ayuconvent@yahoo.com.my

BORANG KEAHLIAN GURU CEMERLANG

Sunday, May 15, 2011

TAHNIAH KEPADA BARISAN PEMIMPIN BARU MGC, JB ( 2011 - 2013)

Tahniah buat semua Ahli Jawatankuasa yang telah pun diberi kepercayaan memimpin guru-guru cemerlang bagi Daerah Johor Bahru untuk penggal baru ini.......Semoga Pengerusi baru iaitu Puan Nor Rizah daripada Sekolah STF bersama semua AJK yang telah dilantik pada 14 Mei 2011 ( Sabtu ) dapat meneruskan kecemerlang MGC daerah Johor Bahru ini.....

SELAMAT HARI GURU.......16 MEI 2011 ( ISNIN )

Ucapan ini ditujukan buat semua insan yang bergelar guru terutamanya GURU CEMERLANG yang begitu amanah memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa ......dengan tema tahun 2011 ini....GURU PENJANA TRANSFORMSI PENDIDIKAN NEGARA.....semoga penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan ini, kita dapat sama-sama menjayakan transformasi pendidikan negara ke arah kecemerlangan....

Saturday, May 14, 2011

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR

Perhatian kepada semua Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru......
diwajibkan menghantar penyertaan hasil inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan terbukti berkesan di dalam bilik darjah.

SYARAT PENYERTAAN :
1.Setiap penyertaan mestilah diterangkan dengan jelas dalam sebuah buku manual yang bertaip
pada kertas A4 menggunakan 'double spacing', font Arial 12.

2. Kandungan Buku manual :-
2.1. Kulit buku manual dituliskan nama , i.c dan nama sekolah.
2.2. Tajuk mata pelajaran
2.3. Maklumat diri / ahli kumpulan ( maksimum 3 orang ahli )
2.4. Tajuk Inovasi
2.5. Pernyataan masalah
2.6. Topik dalam P & P yang digunakan
2.7. Objektif
2.8. Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran murid
2.9. Perakuan peserta dan tandatangan pengetua / guru besar
2.10. Lampiran : Gambar, video, graf prestasi, model dsb.
2.11. Penulisan Modul RPH bagi kategori 5.1 dan 5.2.
2.12. Modul penggunaan produk untuk kategori 5.3.

3. Penyertaan dihantar dalam bentuk 'hardcopy' dan 'softcopy' (CD).

4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 20 Mei 2011( Jumaat )

5. 3 Kategori Penyertaan :-
5.1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran ( P&P )
5.2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .
( P&P dan ICT )
5.3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar,
Modul.

6. Kumpulan sasaran bagi penyertaan ini adalah daripada murid cemerlang, sederhana dan
lemah.



SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG GURU CEMERLANG YANG LEBIH KOMITED........

Wednesday, February 23, 2011

YURAN TERTUNGGAK 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Guru Cemerlang daerah Johor Bahru

Untuk makluman semua GC, sesiapa yang belum menjelaskan yuran tahun 2010, sila berbuat demikian dengan segera. Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun AMBANK 1510020037773 (Pn. Karidah Bt. Md Said, Bendahari MGC Johor Bahru) atau di SMK Sri Rahmat di mana beliau bertugas. Setelah membuat pembayaran, ahli hendaklah memaklumkan Pn Karidah melalui SMS di no. telefon 013-7394741. Sila nyatakan nama, jumlah dan tujuan bayaran.

Sila semak status anda di sini.

Segala kerjasama anda amat dihargai.

MESYUARAT AJK MGC JOHOR BAHRU BIL 1/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Guru Cemerlang daerah Johor Bahru

Tahniah dan syabas kepada semua AJK tertinggi MGC Johor Bahru yang telah menghadiri perjumpaan pertama tahun 2011 yang bertempat di SMK Taman Universiti pada 27 Januari 2011. Pelbagai isu telah dibincang dan perancangan telah dibuat. Semoga MGC Johor Bahru dapat melaksanakan tugas dan perancangan dengan jayanya untuk kecemerlangan daerah.

Tahniah diucapkan kepada semua Guru Cemerlang yang baru dilantik dan selamat datang ke MGC Johor Bahru. Marilah bersama-sama meningkatkan profesion keguruan ke arah kejayaan dan keunggulan bangsa dan negara.

Untuk semua Guru Cemerlang - Selamat bertugas dan selamat maju jaya.