Sunday, May 15, 2011
SELAMAT HARI GURU.......16 MEI 2011 ( ISNIN )
Saturday, May 14, 2011
ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR
diwajibkan menghantar penyertaan hasil inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan terbukti berkesan di dalam bilik darjah.
SYARAT PENYERTAAN :
1.Setiap penyertaan mestilah diterangkan dengan jelas dalam sebuah buku manual yang bertaip
pada kertas A4 menggunakan 'double spacing', font Arial 12.
2. Kandungan Buku manual :-
2.1. Kulit buku manual dituliskan nama , i.c dan nama sekolah.
2.2. Tajuk mata pelajaran
2.3. Maklumat diri / ahli kumpulan ( maksimum 3 orang ahli )
2.4. Tajuk Inovasi
2.5. Pernyataan masalah
2.6. Topik dalam P & P yang digunakan
2.7. Objektif
2.8. Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran murid
2.9. Perakuan peserta dan tandatangan pengetua / guru besar
2.10. Lampiran : Gambar, video, graf prestasi, model dsb.
2.11. Penulisan Modul RPH bagi kategori 5.1 dan 5.2.
2.12. Modul penggunaan produk untuk kategori 5.3.
3. Penyertaan dihantar dalam bentuk 'hardcopy' dan 'softcopy' (CD).
4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 20 Mei 2011( Jumaat )
5. 3 Kategori Penyertaan :-
5.1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran ( P&P )
5.2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .
( P&P dan ICT )
5.3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar,
Modul.
6. Kumpulan sasaran bagi penyertaan ini adalah daripada murid cemerlang, sederhana dan
lemah.
SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG GURU CEMERLANG YANG LEBIH KOMITED........
Wednesday, February 23, 2011
YURAN TERTUNGGAK 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Guru Cemerlang daerah Johor Bahru
Untuk makluman semua GC, sesiapa yang belum menjelaskan yuran tahun 2010, sila berbuat demikian dengan segera. Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun AMBANK 1510020037773 (Pn. Karidah Bt. Md Said, Bendahari MGC Johor Bahru) atau di SMK Sri Rahmat di mana beliau bertugas. Setelah membuat pembayaran, ahli hendaklah memaklumkan Pn Karidah melalui SMS di no. telefon 013-7394741. Sila nyatakan nama, jumlah dan tujuan bayaran.
Sila semak status anda di sini.
MESYUARAT AJK MGC JOHOR BAHRU BIL 1/2011
Tahniah dan syabas kepada semua AJK tertinggi MGC Johor Bahru yang telah menghadiri perjumpaan pertama tahun 2011 yang bertempat di SMK Taman Universiti pada 27 Januari 2011. Pelbagai isu telah dibincang dan perancangan telah dibuat. Semoga MGC Johor Bahru dapat melaksanakan tugas dan perancangan dengan jayanya untuk kecemerlangan daerah.
Tahniah diucapkan kepada semua Guru Cemerlang yang baru dilantik dan selamat datang ke MGC Johor Bahru. Marilah bersama-sama meningkatkan profesion keguruan ke arah kejayaan dan keunggulan bangsa dan negara.
Untuk semua Guru Cemerlang - Selamat bertugas dan selamat maju jaya.
Thursday, July 8, 2010
PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN
Monday, July 5, 2010
Senarai Aktiviti MGC Negeri Johor 2010
- 29 - 31 Januari 2010 / Hotel Pelican, Batu Pahat.
2. Bengkel Pembinaan Laman Blog MGC daerah dan MGC Johor
- 4 - 5 Mac 2010 / PSPN Negeri Johor
3. Kursus Teknik Menjawab Peperiksaan SMA Arab Johor
- 6 - 8 Jun 2010 / Hotel Naza Tallya, Johor Bahru
4. Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor
- 1- 2 Julai 2010 / Hotel Selesa, Pasir Gudang
5. Pertandingan Kajian Tindakan Guru Cemerlang Negeri Johor
- 14 Ogos 2010 ( Peringkat Negeri Johor )
- Bulan Julai ( Peringkat Daerah Johor Bahru )
6. Program IQ Pintar
- 23 September 2010 / Prime City Hotel, Kluang.