GURU CEMERLANG


PENGERTIAN GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan
kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran.
Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” -
( Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang )

OBJEKTIF KENAIKAN PANGKAT GC

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang
dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi
pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan
tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi
secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

No comments:

Post a Comment