Saturday, March 6, 2010

KURSUS PROFESIONALISMA GURU CEMERLANG

Alhamdulilah, setelah lebih tiga bulan kita berada di tahun 2010 akhirnya dapat kita membuat satu perjumpaan dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh MGC Daerah Johor Bahru pada 6 mac 2010 di SM Teknik Johor Bahru.
Dalam Slot 1, Pengetua SM SDARY, iaitu Pn. Salina Bt Hussain telah menyampaikan ilmu yang cukup banyak untuk guru cemerlang supaya tampil dengan lebih yakin, komited dan berani merubah masalah menjadi peluang serta cabaran..........Harapan Puan Salina semoga MGC Johor Bahru cemerlang dan menyerlah jauh dari yang biasa............
Slot 2 pula disampaikan oleh Puan Haizan Bt Zakaria daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Puan Haizan banyak membantu guru cemerlang merungkai pelbagai persoalan berkaitan perjawatan dan isu-isu terkini berkaitan pendidikan. Semoga semua guru cemerlang berusaha dengan gigih dan ikhlas dalam laluan fast track ini.........

No comments:

Post a Comment