Saturday, May 14, 2011

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR

Perhatian kepada semua Guru Cemerlang Daerah Johor Bahru......
diwajibkan menghantar penyertaan hasil inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan terbukti berkesan di dalam bilik darjah.

SYARAT PENYERTAAN :
1.Setiap penyertaan mestilah diterangkan dengan jelas dalam sebuah buku manual yang bertaip
pada kertas A4 menggunakan 'double spacing', font Arial 12.

2. Kandungan Buku manual :-
2.1. Kulit buku manual dituliskan nama , i.c dan nama sekolah.
2.2. Tajuk mata pelajaran
2.3. Maklumat diri / ahli kumpulan ( maksimum 3 orang ahli )
2.4. Tajuk Inovasi
2.5. Pernyataan masalah
2.6. Topik dalam P & P yang digunakan
2.7. Objektif
2.8. Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran murid
2.9. Perakuan peserta dan tandatangan pengetua / guru besar
2.10. Lampiran : Gambar, video, graf prestasi, model dsb.
2.11. Penulisan Modul RPH bagi kategori 5.1 dan 5.2.
2.12. Modul penggunaan produk untuk kategori 5.3.

3. Penyertaan dihantar dalam bentuk 'hardcopy' dan 'softcopy' (CD).

4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 20 Mei 2011( Jumaat )

5. 3 Kategori Penyertaan :-
5.1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran ( P&P )
5.2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .
( P&P dan ICT )
5.3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar,
Modul.

6. Kumpulan sasaran bagi penyertaan ini adalah daripada murid cemerlang, sederhana dan
lemah.



SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG GURU CEMERLANG YANG LEBIH KOMITED........

No comments:

Post a Comment